LIPIS: Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan membawa muatan minyak diesel yang dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Kampung Budu-Kampung Tualang Padang, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Chu Chuan Shuang, 35, yang beralamat di Kampung Sri Parit Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu secara sendirian dalam perjalanan dari Selangor menuju ke Gua Musang, Kelantan untuk menghantar minyak diesel ke lombong kuari.
"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu treler dipercayai telah gagal mengawal kenderaan semasa menuruni bukit menyebabkan treler tersebut hilang kawalan dan terbalik ke sebelah kanan jalan menghala ke arah Kampung Budu, Benta.
"Akibat kemalangan tersebut juga, sebahagian badan mangsa telah tersepit di bahagian pintu tempat duduk pemandu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lipis.
Jelasnya lagi, hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu yang gagal mengawal treler menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan dan terbabas.
"Treler berkenaan mengalami kerosakan pada bumper depan dan pintu bahagian pemandu kemek.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat," katanya.
Azli menambah, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.
Ujarnya, siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan jalan berselekoh, berturap tar, sistem jalan satu lorong dua hala, terdapat garisan tengah berkembar dan menuruni bukit serta keadaan cuaca semasa kejadian cerah dan tidak hujan.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Nov 03 2022
Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan membawa muatan minyak diesel yang dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Kampung Budu-Kampung Tualang Padang. - Foto ihsan IPD Lipis
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Pemandu maut, treler bawa muatan diesel terbabas
Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan membawa muatan minyak diesel yang dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kilomerer 25, Jalan Kampung Budu-Kampung Tualang Padang, di sini hari ini.